User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Pembangunan ICT ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam 
KOTA KINABALU: Usaha untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan Teknologi Mudah Alih akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, langkah ini adalah penting bagi memudahkan urusan yang melibatkan pembayaran bil, permohonan dan sebagainya. “Kerajaan juga telah menyediakan satu Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) iaitu sebuah galeri berpusat dan sahih bagi semua aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh kerajaan.” “Sekiranya galeri ini tidak diwujudkan, rakyat perlu mencari aplikasi yang diperlukan dari Google Playstore, iOS Store atau Windows Store yang mungkin tidak pasti kesahihannya,”katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Perasmian Seminat ICT (SEMIT) Negeri Sabah kali ke-10, di sini, hari ini. Sehingga kini, terdapat 117 aplikasi yang melibatkan pelbagai jabatan telah dimuatnaik ke GAMMA. Beliau turut menyatakan, kerajaan melalui telefon mudah alih dengan menggunakan ‘Gerbang Perkhidmatan Kerajaan’ telah diperkenalkan sejak 2008 dengan inisiatif mySMS 15888. “Pada tahun 2011, inisiatif myGov Mobile diperkenalkan yang merangkumi perkhidmatan mySMS, myMMS, myUSSD, myPay dan myApp.” “Sehingga kini, sebanyak 396 agensi telah menggunakan gerbang-gerbang di myGov Mobile dengan menyediakan lebih 4,000 perkhidmatan melalui telefon mudah alih,”katanya. Siringan turut menyatakan, usaha pembangunan ICT ini juga adalah sebagai salah satu langkah mengurangkan penggunaan kertas dalam sebarang urusan yang melibatkan borang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah Siringan (dua dari kanan) ketika melawat salah satu pameran sempena seminar berkenaan.

http://gamma.malaysia.gov.my/#/home
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Copyright | RSS Feeds
Last update :
Best view with screen resolution 1024x768.
©2017 Appsflex. All Rights Reserved.

Search

Gallery

Links

 

 

Get To Know Us

Make Money With Us

  • Become an Affiliate
  • Self-Publish With Us

Payment Method

  • PayPal
  • Credit Card
  • Wire Transfer
  • Western Union

Let Us Help You

  • Your Account
  • Help